Ibnu AthaAllah Rahimahullah berkata di dalam kitabnya Al-Hikam: “Apabila kita bergantung kepada usaha kita, maka kita akan mudah berputus asa apabila ditimpa musibah”.
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberikan kepada manusia kekuatan akal dan jasad. Semua ini adalah untuk menyembah Allah subhanhu wa ta’ala dan untuk kegunaan menghadapi kehidupan dunia yang sementara ini. Sebagai seorang pelajar, ia akan berusaha dengan membaca, mengkaji, menulis dan berfikir pelajaran-pelajaran yang dipelajarinya untuk berjaya mendapat kelulusan yang tinggi. Setelah ia Berjaya mendapat apa yang diimpikan, ia beranggapan bahawa usahanya selama ini berbaloi, tanpa usaha yang di lakukannya, semua yang dikecapinya itu tidak akan di perolehinya.
Tetapi apabila ia gagal memperolehi apa yang ia ingin kecapi, maka ia akan berputus asa, lemah semangat dan hilang tujuan. Ia beranggapan, usahanya selama ini adalah sia-sia, tidak berfaedah dan mungkin ia akan beranggapan usahanya belajar selama ini adalah membuang masa.
Sebab itu, jangan bergantung terus dengan usaha kita. Usaha kita hanyalah wasilah atau perantaraan sahaja untnk mencapai cita-cita kita. Semua yang berlaku ini adalah kehendak Allah subhanahu wa ta’ala, maka selain daripada usaha, kita juga mesti menyerahkan kepada Allah subhanahu wa ta’ala, usaha kita tidak dapat memberi apa-apa kepada kita melainkan dengan kehendak Allah subahanahu wa ta’ala.