Khamis, 7 Oktober 2010

Coretan Kehidupan yang panjang di menara gading

Pejam dan celik mata ini setiap hari, tanpa disedari, masa berlalu begitu cepat. Sedar atau tidak, Saya sudah berada di Universiti pada tahun yang terakhir pengajian di semester pertama peringkat sarjana muda. Semester akan datang adalah semester yang terakhir bagiku.

Pengalaman menjadi seorang mahasiswa Universiti adalah satu perkara yang tidak akan dilupakan. Kehidupannya penuh dengan kemanisan kadang di timpa kepahitan. Kerisauan, tension dan stress seperti sudah sinonim dengan kehidupan sebagai mahasiswa. Apa tidaknya, apabila saja buka kuliah, pensyarah akan terus memberi kerja ataupun lebih dikenali sebagai Assignment. Banyak atau sedikitnya assignment ini bergantung kepada subject yang diambil, sekiranya terdapat 6 subjek dalam 1 semester, mahasiswa perlu menyiapkan 6 assignment. Bukan mudah untuk menyiapkan 1 assignment. Perlu melalui beberapa proses, yang mana setiap peringkat proses itu terdapat seribu satu macam halangan. Tetapi, apabila sudah siap kesemuanya, terasa dunia ini luas dan bebas, seperti burung terbang di angkasa yang luas tanpa batasan.

Beginilah serba sedikit coretan dari kehidupan di menara gading. Kesabaran dan kegigihan sangat di perlukan dalam kehidupan yang penuh ujian dan cabaran di Universiti. Tanpa melupakan kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, ditambah lagi dengan usaha, insyaAllah, sesuatu yang sukar dan mustahil akan di kecapi dengan mudah.