Sabtu, 14 November 2009

Sifat Riya’

Dalam kitab Ihya ‘Ulumuddin ada dituliskan bahawa Saiyidina Ali Karrama Allahu wajhahu pernah berkata bahwa alamat-alamat orang yang riya’ ada 3 alamat, iaitu:

1. Malas apabila ia berseorangan.

Malas dalam melakukan amal kebaikan seperti membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya.

2. Bersemangat apabila di khalayak ramai.

Apabila di khalayak  ramai, ia bersemangat melakukan amal kebaikan, ini adalah untuk menunujuk-nunjuk bahawa dia itu seoarang yang banyak melakukan amal ibadat.

3. Amalannya bertambah apabila dipuji dan berkurangan apabila dihina.