انما الأعمال بالنيات و انما لكل امرىء مانوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته إلى لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
maksud hadis:
Asas kesemua amalan bergantung kepada niat. Seseorang itu hanya akan mendapat apa yang telah dia niatkan. Maka sesiapa yang telah berhijrah kerana Allah ta’ala dan rasulnya(dan tidak mempunyai tujuan lain); maka hijrahnya itu untuk Allah dan Rasulnya(yakni dia akan mendapat pahala hijrahnya) dan sesiapa yang berhijrah kerana tujuan keduniaan maka ia akan mendapatkannya atau untuk menikahi mana-mana wanita maka hijrahnya itu (bukan untuk Allah dan rasulnya bahkan) atas tujuan dia berhijrah.
keterangan :
Hadis ini asas kepada agama dan ia merangkumi hampir keseluruhan hokum-ahkam dalam agama. Pekara ini dikuatkan lagi dengan kalam para Ulama, diantaranya: Imam Abu Daud telah berkata bahawa hadis ini separuh daripada Islam; kerana zahir agama ialah ‘amalan dan batinnya adalah niat.
Oleh sebab itu ada diantara para Ulama suka untuk membuka atau memulakan kitab mereka dengan menyebutkan hadis ini. Sepertimana yang telah dibuat oleh Imam Bukhari di dalam kitab sahih beliau dan juga Imam Nawawi di dalam 3 buah kitab beliau iaitu Riyadhus Salihin, Al-Azkar dan Himpunan Hadis 40 Imam Nawawi.
Faedah memulakan dengan hadis ini adalah untuk mengingati para penuntut ilmu supaya mereka membetulkan niat mereka dalam menuntut ilmu dan mengerjakan segala kebaikan hanya kerana Allah Subhanahu wa ta’ala.